Sabtu, 12 September 2020

Negeri Sembilan menang di Paroi

MyMetroArena

AKSI antara Negeri Sembilan dan Selangir II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi. FOTO Ihsan Selangor FA

Mohd Amin Jalil

sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Negeri Sembilan berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila melakar kemenangan ketiga musim ini, selepas menewaskan Selangor II, 2-1, dalam aksi Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Skuad Hobin Jang Hobin yang sedikit tertekan selepas tewas kepada Pulau Pinang minggu lalu, dilihat bertindak awal apabila pantas melancarkan serangan ke kubu lawan sebaik perlawanan dimulakan.

Akibat satu pergelutan dalam kawasan pintu gol Negeri Sembilan pada minit ke-12, tuan rumah terpaksa mengeluarkan pemain pertahanan yang juga kapten pasukan, Norhafiz Zamani Misbah kerana mengalami kecederaan.

Situasi itu bagaimanapun jelas tidak menjejaskan perancangan dan rentak tuan rumah untuk mendapatkan jaringan dan hasilnya mereka mendapat peluang menerusi serangan Jose Almir Neto pada minit ke-18.

Penyerang dari Brazil itu melakukan gerakan solo ke kawasan tengah serta berjaya melepasi pertahanan Selangor II, namun sepakannya sedikit tersasar ke kiri pintu gol pelawat.

Pelawat yang melakukan satu serangan balas berjaya menjaringkan gol pertama mereka yang dilakukan pemain pertahanan, Quentin Cheng Jiun Ho pada minit ke-28.Dia bijak memanfaatkan bola hasil hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan dengan menanduk kemas menewaskan Mohd Kaharuddin Abd Rahman.

Jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila berselang seminit kemudian, Almir Neto berjaya menebus kesilapannya apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29, sekali gus menewaskan, Mohd Firdaus Irman Fadhil.Dalam usaha memburu kemenangan kedua di laman sendiri selepas berjaya menafikan kehebatan Terengganu FC II (TFC II) pada 28 Ogos lalu, Negeri Sembilan dilihat meningkatkan lagi tekanan kepada Selangor II sebaik separuh masa kedua dimulakan.

Skuad bimbingan Sazali Saidon itu yang amat dahagakan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta, melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan, namun beberapa percubaan menerusi Almir Neto dan Igor Luiz, tidak menepati sasaran.


Negeri Sembilan mendapat sepakan penalti pada minit ke-86, selepas bola sepakan Jose Almir terkena tangan pemain pertahanan dan Almir yang mengambil sepakan itu tidak menghadapi masalah menewaskan Firdaus Irman.Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga ke wisel penamat dan hasil kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan kini mengumpul sembilan mata selepas menamatkan tujuh perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 11:52 PM

Ahad, 6 September 2020

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

 AHAD 30.10.2011

Perlawanan Akhir 
Oktober 29, 2011 (Sabtu)

60

FINAL

Terengganu
Ashari Samsuddin (59')

1-2

Negeri Sembilan
S. Kunalan (81'), Hairuddin Omar (86')

Stadium Shah Alam

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

N. SEMBILAN: Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, Hairuddin Omar.

Selasa, 1 September 2020

Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Perlawanan Sumbangsih 2012

Jan 07, 2012 (Sabtu) CS Kelantan Penjaring Gol: Norshahrul Idlan Talaha (20') Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Azizi Matt Rose (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Shakir Shaari (KP), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Denny Antwi (Mohd Badhri Radzi) dan Mohammed Ghaddar 1-2 Negeri Sembilan Penjaring Gol: Jean Emmanuel Effa Owona (31', 64') Mohd Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah (KP), Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, S Kunanlan, Muszaki Abu Bakar, G Mahathevan, Rashid Mamud (Mohd Alif Samsudin), Abdul Halim Zainal (Norismaidham Ismail), Shahurain Abu Samah, Ahmad Shakir Mohd Ali (Mohd Firdaus Azizul) dan Jean Emmanuel Effa Owona Std Nasional, Bukit Jalil

Sabtu, 22 Februari 2020

TRW 10 teratas


MyMetroNode
 
BERNAMA
Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyasarkan skuad The Red Warriors (TRW) berada dalam kelompok kedudukan 10 teratas dalam saingan Liga Super musim ini.

Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata Kelantan tampil sebagai pasukan 'underdog' musim ini yang akan memulakan aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, esok.

"Piala Malaysia dan Piala FA kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarainya) khusus tahun ini asalkan mereka (pemain) kompetitif dan menunjukkan kualiti permainan bagus pada setiap perlawanan.

"Kami tiada tekanan mendapatkan piala dan mahu Kelantan kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan musim malah kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam sejarah bola sepak negara," katanya.

Beliau berkata pada Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, hari ini.

Pada majlis itu, KAFA turut memperkenalkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama Kelantan musim ini.

Mengenai penyertaan beberapa bekas pemain Kelantan pernah membantu TRW menjulang tiga kejuaraan pada 2012 dalam TRW musim ini Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingkan seperti kecemerlangan yang dikecapi mereka pada masa lalu.

"Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan.

"Kehadiran mereka untuk membantu memperkuatkan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan pasukan perlu bekerja keras lagi," katanya.

Antara bekas pemain tetrbabit adalah import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S Subramaniam, Mohammad Ab Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu Jamaluddin.

Sementara itu, dua pemain import baharu sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, (Gambia) dan Alessandro Padovani Celin, 27 (Brazil).

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 3:49 PM

Selasa, 4 Februari 2020

Tunggakan gaji Norhafiz selesai


MyMetroArena
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my

KAPTEN Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah lega apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berjaya menyelesaikan semua isu berbangkit membabitkan tunggakan gajinya.

Bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi bersama The Red Warriors selama tiga musim iaitu dari 2015 hingga 2017 itu berkata, KAFA membayar semua tunggakan gajinya, bulan lalu.

"Alhamdulillah, KAFA sudah menyelesaikan semua tunggakan gaji saya dengan pengurusan pasukan itu sebelum ini. Memang saya amat lega dengan tindakan KAFA yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kepentingan bekas pemain.

"Saya ucapkan terima kasih di atas usaha pengurusan KAFA yang mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah ini dan kini semua urusan mengenai tunggakan gaji itu tidak lagi berbangkit," katanya hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, Norhafiz mendakwa terdapat tunggakan gajinya dengan KAFA berjumlah sekitar RM82,000.

Mengulas lanjut, pemain pertahanan berpengalaman berusia 38 tahun itu berkata, dengan penyelesaian tunggakan gaji terbabit, dia kini sudah boleh memberikan fokus kepada persiapan dan latihan bersama Negeri Sembilan.

"Kini, saya sudah boleh terus bagi tumpuan kepada latihan persiapan pasukan Negeri Sembilan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula hujung bulan ini," katanya pemain kelahiran Melaka itu.

Dia juga berharap KAFA dan skuad Kelantan dapat berikan tumpuan kepada persiapan mereka untuk saingan musim ini dan mampu menempa kejayaan yang disasarkan.

"Kami dalam kelompok sama bersaing dalam Liga Perdana dan saya yakin semua pemain dalam setiap pasukan memiliki motivasi yang tinggi untuk menjulang nama pasukan masing-masing, musim ini," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 1:13 PM