MyMetroArena
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
KAPTEN Negeri Sembilan, Norhafiz
Zamani Misbah lega apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berjaya
menyelesaikan semua isu berbangkit membabitkan tunggakan gajinya.
Bekas pemain kebangsaan yang
pernah beraksi bersama The Red Warriors selama tiga musim iaitu dari 2015
hingga 2017 itu berkata, KAFA membayar semua tunggakan gajinya, bulan lalu.
"Alhamdulillah, KAFA sudah
menyelesaikan semua tunggakan gaji saya dengan pengurusan pasukan itu sebelum
ini. Memang saya amat lega dengan tindakan KAFA yang menunjukkan keprihatinan
mereka terhadap kepentingan bekas pemain.
"Saya ucapkan terima kasih
di atas usaha pengurusan KAFA yang mengambil inisiatif dalam menyelesaikan
masalah ini dan kini semua urusan mengenai tunggakan gaji itu tidak lagi
berbangkit," katanya hari ini.
Dalam laporan sebelum ini,
Norhafiz mendakwa terdapat tunggakan gajinya dengan KAFA berjumlah sekitar
RM82,000.
Mengulas lanjut, pemain
pertahanan berpengalaman berusia 38 tahun itu berkata, dengan penyelesaian
tunggakan gaji terbabit, dia kini sudah boleh memberikan fokus kepada persiapan
dan latihan bersama Negeri Sembilan.
"Kini, saya sudah boleh
terus bagi tumpuan kepada latihan persiapan pasukan Negeri Sembilan bagi
menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula hujung bulan ini,"
katanya pemain kelahiran Melaka itu.
Dia juga berharap KAFA dan skuad
Kelantan dapat berikan tumpuan kepada persiapan mereka untuk saingan musim ini
dan mampu menempa kejayaan yang disasarkan.
"Kami dalam kelompok sama
bersaing dalam Liga Perdana dan saya yakin semua pemain dalam setiap pasukan
memiliki motivasi yang tinggi untuk menjulang nama pasukan masing-masing, musim
ini," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 3 Februari 2020 @ 1:13 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan