BERNAMA | | 30 Disember 2019
Sazali (tengah) bersama para
pemain Negeri Sembilan selepas majlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari
ini.
PERSATUAN Bolasepak Negeri
Sembilan (PBNS) mengekalkan khidmat empat pemain import bagi mengharungi kempen
Liga Malaysia (Liga-M) 2020.
Tiga pemain import berkenaan
berasal dari Brazil, iaitu Matheus Fernandes Vila Real yang bermain di posisi pertahanan,
Jose Almir Barros Neto dan Igor Carneiro Luiz yang beraksi selaku penyerang,
selain pemain tengah, Shunsuke Nakatake dari Jepun.
Presiden PBNS, Tunku Syed Razman
Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, mereka dikekalkan berdasarkan sumbangan
positif yang diberikan bersama Skuad Rusa dalam kempen Liga-M pada musim ini.
"Selain itu, faktor
keserasian juga telah mendorong kita untuk mengekalkan mereka beraksi bersama
Skuad Rusa musim depan. Kita percaya pemain import terbabit mampu memberikan
sumbangan lebih baik pada musim depan," katanya pada sidang media selepas
majlis memperkenalkan ketua jurulatih baharu skuad Liga Premier Negeri
Sembilan, Sazali Saidon di Seremban, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan negeri yang juga Naib
Presiden PBNS, Mohamad Taufek Abd Ghani.
Mengulas lanjut, Tunku Syed
Razman yang juga Tunku Besar Tampin berkata, skuad Rusa turut diperkuatkan
dengan tujuh muka baharu termasuk bekas pemain, Shahurain Abu Samah yang pernah
beraksi bersama skuad Rusa dari 2006 hingga 2013.
Tunku Syed Razman (tengah)
menyerahkan watikah pelantikan kepada Sazali Saidun (kanan) pada majlis di
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
Tunku Syed Razman (tengah)
menyerahkan watikah pelantikan kepada Sazali Saidun (kanan) pada majlis di
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
Enam pemain lain adalah bekas
kapten PKNS FC, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Ahmad Azriddin Rosli (UiTM FC),
Mohd Arip Amiruddin (UKM FC), Muhammad Nazrul Kamaruzaman (Selangor United),
Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan
(Pulau Pinang).
PBNS turut bersetuju menyerap
tiga pemain Piala Presiden (Bawah 21 tahun), Muhammad Idham Zuhair Roslisam,
Khairul Anuar Yusri Lani dan penjaga gol, Muhammad Aizat Roslim, katanya.
Dalam pada itu, Tunku Syed Razman
memaklumkan, pelantikan Sazali yang juga bekas ketua jurulatih skuad Piala
Presiden Negeri Sembilan selaku pengendali baharu serta pengarah teknikal Skuad
Rusa diputuskan berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki bekas pemain negeri
berkenaan.
Sazali sebelum itu pernah menjadi
penolong ketua jurulatih pasukan Johor FA dari 2006 sehingga 2011, selain
bertindak selaku penolong ketua jurulatih skuad Harimau Muda C pada tahun 2014.
Pada masa yang sama, Tunku Syed
Razman mendedahkan beliau berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Skuad Rusa
pada musim ini termasuk menamatkan saingan Liga Premier di tangga keenam
daripada 11 pasukan dengan kutipan 29 mata, selain mengakhiri saingan Piala
Malaysia di peringkat kumpulan.
PBNS sebelum ini menyasarkan
kelompok dua pasukan teratas dalam saingan Liga Premier 2020 untuk layak
beraksi dalam Liga Super 2021.
INFO
Negeri Sembilan 2020
Penjaga gol: Mohamad Kaharuddin
Abdul Rahman, Muhamad Hamka Daud, Muhammad Aizat Roslim.
Pemain Pertahanan: Izaaq Izhan
Yuswardi, Adam Othman Arfah, Norhafiz Zamani Misbah, Danial Hadri Effendi
Jagan, Matheus Fernandes Vila Real, Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan,
Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Arip Amiruddin, Muhammad Idham Zuhair
Roslisam.
Pemain Tengah: Abdul Halim
Zainal, Mohammad Aiman Mohamad Khalidi, Muhamad Asraf Roslan, Muhammad Izuan
Mohd Salahuddin, G. Durrkeswaran, Shunsuke Nakatake, Shahurain Abu Samah, Ahmad
Azriddin Rosli, Nur Shamie Iszuan Amin dan Khairul Anuar Yusri Lani
Penyerang: Mohd Fauzi Abdul
Latif, Jose Almir Barros Neto, Igor Carneiro Luiz dan Muhammad Nazrul
Kamaruzaman.[i]
[i] https://www.sinarharian.com.my/article/63921/BERITA/Sukan/Jang-kekal-khidmat-empat-pemain-import
Tiada ulasan:
Catat Ulasan