MyMetroNode
BERNAMA
Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) menyasarkan skuad The Red Warriors (TRW) berada dalam kelompok
kedudukan 10 teratas dalam saingan Liga Super musim ini.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar
Musa berkata Kelantan tampil sebagai pasukan 'underdog' musim ini yang akan
memulakan aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke
IV di sini, esok.
"Piala Malaysia dan Piala FA
kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarainya) khusus tahun ini asalkan
mereka (pemain) kompetitif dan menunjukkan kualiti permainan bagus pada setiap
perlawanan.
"Kami tiada tekanan
mendapatkan piala dan mahu Kelantan kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga
Super musim depan musim malah kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam
sejarah bola sepak negara," katanya.
Beliau berkata pada Majlis
Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, hari
ini.
Pada majlis itu, KAFA turut
memperkenalkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama
Kelantan musim ini.
Mengenai penyertaan beberapa
bekas pemain Kelantan pernah membantu TRW menjulang tiga kejuaraan pada 2012
dalam TRW musim ini Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingkan
seperti kecemerlangan yang dikecapi mereka pada masa lalu.
"Bola sepak adalah realiti,
banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke
hadapan untuk kemajuan.
"Kehadiran mereka untuk
membantu memperkuatkan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan
pasukan perlu bekerja keras lagi," katanya.
Antara bekas pemain tetrbabit
adalah import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S Subramaniam, Mohammad Ab
Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu
Jamaluddin.
Sementara itu, dua pemain import
baharu sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, (Gambia)
dan Alessandro Padovani Celin, 27 (Brazil).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 20 January 2017 @ 3:49 PM