DPMM Brunei tewas di tempat
sendiri manakala pasukan tangga ketiga, Perlis hanya mencatat keputusan seri,
semalam.
Ternyata kekalahan 1-3 DPMM
Brunei kepada Pahang di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan membuka
kembali persaingan merebut kejuaraan liga.
Pemain pertahanan Pahang,
Norhafiz Zamani Misbah melakukan hatrik pada minit ke-28, 32 dan 84 sebelum
tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi Shahrazain Said pada minit-minit
akhir permainan.
Perlis pula hanya mampu seri
2-2 dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Seremban.
Gol Perlis dijaringkan Mohd.
Hardi Ahmad (m-17) dan Philemon Chipeta (m-85) manakala gol NS Naza kedua-
duanya disumbang pemain import, Fredrico de Castro (m-24, 57).
Di Stadium Sarawak, hasrat tuan
rumah untuk mencari kemenangan sulung terus tidak kesampaian apabila seri 1-1
dengan Selangor.
Sementara Sharlei Miranda
melakukan hatrik untuk membantu Terengganu membelasah Pulau Pinang 3-0 dalam
perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah,Kuala Terengganu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tXiNvKUA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan