BERNAMA | | 19
Disember 2019
Sazali
dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia
musim depan. - Foto Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
SEREMBAN -
Bekas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon dilantik
sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.
Perkara itu
diumumkan menerusi entri terkini di Facebook Persatuan Bola Sepak Negeri
Sembilan (PBNS) dan turut disahkan pegawai medianya Firdaus Bhari kepada
Bernama di sini hari ini.
Menurut PBNS,
Sazali sebelum ini diberikan kepercayaan membantu penolong jurulatih Negeri Sembilan,
Zaki Sheikh Ahmad bagi beberapa perlawanan dalam saingan liga musim ini selepas
ketua jurulatih pasukan itu, Mat Zan Mat Aris direhatkan.
Selain Sazali,
bekas pemain tengah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shahurain Abu Samah
turut disahkan menyarung semula jersi pasukan Hoben Jang Hoben musim hadapan.
Sebelum ini,
Shahurain pernah bersama skuad Rusa pada 2006 hingga 2013, sebelum menyertai
Felda United, PKNS dan PDRM.
Dalam pada
itu, skuad berkenaan mengekalkan pemain pertahanan senior Hafiz Zamani Misbah,
serta tiga pemain import musim lepas iaitu pemain kelahiran Jepun, Shunsuke
Nakatake, Igor Luiz (Brazil) dan Matheus Vila (Brazil). - Bernama
SUMBER-Artikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/62603/BERITA/Sukan/Sazali-Saidon-ketua-jurulatih-baharu-skuad-Rusa
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan