ARKIB : 31/10/2004
GANDINGAN Norfazly Alias dan Norhafiz Zamani Misbah dijangka menjadi
pilihan jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei untuk memperkuatkan
barisan tengah apabila Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan
bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar esok.
Pada ketika posisi bek kiri dan kanan hampir pasti diisi oleh dua pemain berpengalaman, Rosdi Talib serta Wan Rohaimi Ismail, kedudukan Norfazly dan Norhafiz Zamani masih menjadi tanda tanya.
Dalam aksi terakhir di Hong Kong, Norhafiz Zamani bertindak tonggak pertahanan dalam perlawanan yang menyaksikan Lim Chan Yew tidak diturunkan kerana kecederaan dan digantikan dengan Ahmad Tarmini Saiban.
Pemain lain yang turut bersaing untuk posisi bek tengah adalah Wong Sai Kong.
``Saya tidak kata Norhafiz Zamani tidak bagus sebagai pertahanan, dia mempunyai keupayaan teknikal yang kuat walaupun tidak setegap kebanyakan pemain pertahanan lain,'' kata Bicskei dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
``Bagaimanapun saya memahami kualiti dan keupayaan yang dimiliki Zamani, jadi dia harus diberi posisi yang lebih sesuai dengan corak permainan Singapura. Apa pun, kesebelasan utama pasukan belum ditentukan sehingga sesi latihan terakhir.''
Sementara itu Norhafiz Zamani berkata, hanya pemain yang menunjukkan aksi konsisten pada sesi latihan bakal mendapat tempat dalam skuad utama.
``Latihan berjalan dengan baik dan saya rasa lebih baik berbanding sebelumnya,'' katanya selepas sesi latihan di Stadium Jalan Besar semalam.
``Sama ada saya akan digandingkan dengan Norfazly atau tidak, saya tidak tahu. Kita kena tunggu untuk mengetahuinya.''
Bagi Norfazly pula, peluang untuk kembali berada dalam skuad kebangsaan sekurang-kurangnya mengikis kekecewaan gagal membantu Terengganu menjuarai Piala FA selepas tewas kepada Perak.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan digandingkan dengan Norhafiz Zamani, Norfazly berkata, ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga.
``Zamani merupakan pemain regular dalam skuad kebangsaan, jadi saya bersedia untuk bergandingan dengannya jika jurulatih mahu mencuba kombinasi kami,'' katanya.