ARKIB : 02/03/2004
PEMAIN pertahanan kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah tidak akan
membantu memperkuatkan kubu skuad negara yang akan menentang Iran dalam
kelayakan Olimpik esok akibat kecederaan kaki kanan.
Selain tonggak pertahanan dan ketua pasukan itu, kecederaan Yosri Derma Raju dan Mohd. Mazuki Yusof menambah senarai pemain berpengalaman di bahagian benteng yang cedera dan terpaksa digugurkan.
Pemain Negeri Sembilan, Yosri Derma Raju dan Mohd. Mazuki Yusof dari Terengganu juga terpaksa direhatkan setelah kedua-duanya cedera lutut ketika membantu pasukan masing-masing mengharungi perlawanan liga.
``Ketiga-tiga pemain ini sudah pasti tidak akan tersenarai apabila senarai 18 pemain yang terpilih diumumkan esok (hari ini),'' kata Harris di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Zamani mengalami kecederaan retak tapak kaki ketika kempen Sukan SEA di Vietnam tahun lepas dan sejak itu khidmatnya untuk menganggotai skuad Olimpik negara sentiasa diragukan.
Sebelum ini Mazuki dilihat sebagai pemain paling berpotensi untuk mengganti Zamani selaku pertahanan tengah tetapi kini Harris terpaksa melupakan khidmat pemain itu dan pilihan terbaik yang dimiliki oleh bekas bek Chelsea itu ialah pemain Pulau Pinang, Aziz Ismail manakala pemain Sabah, Ronny Harun mengisi tempat Yosri.
Selain Iran yang akan dihadapi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya malam ini, Malaysia juga terpaksa berdepan dengan China dan Korea Selatan dalam Kumpulan A kelayakan Olimpik Zon Asia.
Hanya juara kumpulan akan mendapat tiket beraksi di Sukan Olimpik 2004 di Athens Ogos ini.
Iran merupakan calon utama untuk menjuarai kumpulan kerana sebahagian besar pemain yang berada dalam skuad Olimpik mereka adalah pemain-pemain yang mengecap nikmat muncul juara Sukan Asia di Busan, Korea Selatan tahun lepas. Skuad yang dibimbing oleh Mohammad Mayelikohan itu sudah pasti akan diketuai oleh pemain terbaik tahun lepas, Moharram Navidkia dari kelab juara liga Iran, Esfahan.
Selain itu, barisan pertahanan negara juga sudah pasti dipaksa bekerja keras oleh Eman Mobali dan rakan sepakannya dalam kelab Foolad, Hossein Kaebi yang kini cuba dipancing oleh kelab Liga Perdana England, Wolverhampton Wanderers.
Dalam fasa terakhir persiapan mereka, Iran mencatat keputusan seri 1-1 dengan skuad Olimpik Jepun dan menang 3-2 ke atas skuad kebangsaan senior Singapura.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4eEIB8nMA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan