SUKAN»Bola
Rabu, 3
Januari 2018 | 4:12pm
Pemain baharu
Pulau Pinang, Mohd Norhafiz Zamani Misbah tetapkan sasaran untuk membantu
pasukan baharunya, Pulau Pinang, kembali ke saingan Liga Super musim 2019. -
Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Norhafiz tekad
pacu Harimau Kumbang
Oleh Mohd Amin
Jalil
sukanteam@nstp.com.my
SEREMBAN:
Bekas pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah menetapkan sasaran untuk
membantu pasukan baharunya, Pulau Pinang, kembali ke saingan Liga Super musim
2019.
Tonggak
pertahanan berpengalaman berusia 36 tahun itu yakin misi berkenaan akan dapat
direalisasikan dengan bantuan rakan-rakan dalam pasukan itu selain keupayaan
pengendali berwibawa, Zainal Abidin Hassan.
Katanya,
melalui pembentukan pasukan yang mantap musim ini dengan dibarisi ramai pemain
berwibawa dan berpengalaman, Pulau Pinang mampu memberikan cabaran bermakna
dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini berbanding musim lalu.
"Sejak
mula menyertai pasukan Pulau Pinang lebih seminggu lalu, saya dapat rasakan
betapa pasukan ini ada kekuatan tersendiri dalam mengharungi saingan Liga-M
musim ini.
"Malah,
saya yakin pasukan yang mendapat sentuhan jurulatih berwibawa ini mampu bangkit
kembali dan melonjak ke tahap membanggakan sekali gus meraih pencapaian lebih
baik terutama dalam liga.
"Apa pun,
secara peribadi saya mahu membantu pasukan ini kembali ke Liga Super musim 2019
dan yakin ia boleh direalisasikan dengan barisan pemain yang membentuk kekuatan
baharu pasukan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Norhafiz
Zamani adalah antara watak penting dalam skuad kebangsaan sebelum ini bersama
beberapa pemain berpengalaman lain seperti Mohd Shukor Adan dan Rezal Zambery
Yahya.
Biarpun
usianya semakin lanjut, dia masih mampu beraksi di padang sepertimana
dipamerkan ketika beraksi bersama skuad Kelantan musim lalu.
Penerima
anugerah Pemain Pertahanan Terbaik 2011 itu berkata, fokusnya ketika ini adalah
untuk kekalkan tahap kecergasan dan prestasi dalam persembahannya selain
mengikuti dengan baik taktikal dan strategik yang diketengahkan Zainal.
Menurut bekas
pemain Negeri Sembilan itu, biarpun baharu saja menyertai latihan bersama
pengendali itu namun sudah banyak ilmu yang diperolehnya dalam memastikan
kekuatan Pulau Pinang lebih padu musim ini.
"Saya
tidak menghadapi masalah untuk membentuk gandingan mantap dengan pemain seperti
Faiz Subri, Jasazrin Jamaluddin, Raimi Mohd Nor dan beberapa pemain lain kerana
mereka adalah rakan ketika bersama pasukan lain sebelum ini.
"Saya
akan menggunakan segala pengalaman lebih 15 tahun dalam persada bola sepak
tempatan untuk membantu dan memberikan sumbangan terbaik kepada Pulau Pinang
bagi meletakkan kembali pasukan ini di puncak kejayaan," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan