Selasa, 31 Disember 2019

Jang kekal khidmat empat pemain import


BERNAMA | | 30 Disember 2019

Sazali (tengah) bersama para pemain Negeri Sembilan selepas majlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
PERSATUAN Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengekalkan khidmat empat pemain import bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020.


Tiga pemain import berkenaan berasal dari Brazil, iaitu Matheus Fernandes Vila Real yang bermain di posisi pertahanan, Jose Almir Barros Neto dan Igor Carneiro Luiz yang beraksi selaku penyerang, selain pemain tengah, Shunsuke Nakatake dari Jepun.

Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, mereka dikekalkan berdasarkan sumbangan positif yang diberikan bersama Skuad Rusa dalam kempen Liga-M pada musim ini.


"Selain itu, faktor keserasian juga telah mendorong kita untuk mengekalkan mereka beraksi bersama Skuad Rusa musim depan. Kita percaya pemain import terbabit mampu memberikan sumbangan lebih baik pada musim depan," katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan ketua jurulatih baharu skuad Liga Premier Negeri Sembilan, Sazali Saidon di Seremban, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan negeri yang juga Naib Presiden PBNS, Mohamad Taufek Abd Ghani.

Mengulas lanjut, Tunku Syed Razman yang juga Tunku Besar Tampin berkata, skuad Rusa turut diperkuatkan dengan tujuh muka baharu termasuk bekas pemain, Shahurain Abu Samah yang pernah beraksi bersama skuad Rusa dari 2006 hingga 2013.

Tunku Syed Razman (tengah) menyerahkan watikah pelantikan kepada Sazali Saidun (kanan) pada majlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
Tunku Syed Razman (tengah) menyerahkan watikah pelantikan kepada Sazali Saidun (kanan) pada majlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini.
Enam pemain lain adalah bekas kapten PKNS FC, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Ahmad Azriddin Rosli (UiTM FC), Mohd Arip Amiruddin (UKM FC), Muhammad Nazrul Kamaruzaman (Selangor United), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan (Pulau Pinang).

PBNS turut bersetuju menyerap tiga pemain Piala Presiden (Bawah 21 tahun), Muhammad Idham Zuhair Roslisam, Khairul Anuar Yusri Lani dan penjaga gol, Muhammad Aizat Roslim, katanya.

Dalam pada itu, Tunku Syed Razman memaklumkan, pelantikan Sazali yang juga bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan selaku pengendali baharu serta pengarah teknikal Skuad Rusa diputuskan berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki bekas pemain negeri berkenaan.

Sazali sebelum itu pernah menjadi penolong ketua jurulatih pasukan Johor FA dari 2006 sehingga 2011, selain bertindak selaku penolong ketua jurulatih skuad Harimau Muda C pada tahun 2014.

Pada masa yang sama, Tunku Syed Razman mendedahkan beliau berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Skuad Rusa pada musim ini termasuk menamatkan saingan Liga Premier di tangga keenam daripada 11 pasukan dengan kutipan 29 mata, selain mengakhiri saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan.

PBNS sebelum ini menyasarkan kelompok dua pasukan teratas dalam saingan Liga Premier 2020 untuk layak beraksi dalam Liga Super 2021.

INFO

Negeri Sembilan 2020

Penjaga gol: Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman, Muhamad Hamka Daud, Muhammad Aizat Roslim.

Pemain Pertahanan: Izaaq Izhan Yuswardi, Adam Othman Arfah, Norhafiz Zamani Misbah, Danial Hadri Effendi Jagan, Matheus Fernandes Vila Real, Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Arip Amiruddin, Muhammad Idham Zuhair Roslisam.

Pemain Tengah: Abdul Halim Zainal, Mohammad Aiman Mohamad Khalidi, Muhamad Asraf Roslan, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, G. Durrkeswaran, Shunsuke Nakatake, Shahurain Abu Samah, Ahmad Azriddin Rosli, Nur Shamie Iszuan Amin dan Khairul Anuar Yusri Lani

Penyerang: Mohd Fauzi Abdul Latif, Jose Almir Barros Neto, Igor Carneiro Luiz dan Muhammad Nazrul Kamaruzaman.[i]


[i] https://www.sinarharian.com.my/article/63921/BERITA/Sukan/Jang-kekal-khidmat-empat-pemain-import

Ahad, 29 Disember 2019

Gergasi gigit jari

Simpan Artikel
MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Shah Alam: Kelalaian pada masa kecederaan akhirnya mengundang padah buat penyandang juara, Selangor apabila Kelantan bangkit mengikat 3-3 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Tonggak tengah skuad Pamoga QuPuteh The Red Warriors (PQPTRW) dari Brazil, Wander Luiz nyaris memberi gol pertama buat pasukan pelawat pada minit kelapan, namun rembatan derasnya tepat ke penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.

Skuad Red Giants yang beraksi tanpa khidmat ketua pasukan, Shahrom Kalam keana direhatkan susulan kecederaan bagaimanapun kembali melancarkan serangan balas pada minit ke-10 namun percubaan Patrick Ronaldinho sekadar melintasi gawang pelawat.

Gol dinanti-nantikan hampir 5,000 penyokong tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-29 apabila sepakan sudut R Gopinathan sempat ditepis Khairul Fahmi Che Mat sebelum penyerang dari Argentina Mauro Olivi menyambar bola yang singgah ke kakinya sekali gus menewaskan penjaga gol kebangsaan itu.

Pelawat yang tersentak dengan jaringan berkenaan cuba memperkemaskan aksi apabila kerap menggunakan larian deras Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Brendan Gan bagi memecah benteng tengah tuan rumah, namun ketenangan bekas pertahanan Queens Park Rangers, Ugochukwu Ukah banyak menyelamatkan kubu Selangor.

Kelantan terus sengsara apabila tuan rumah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-38 menerusi tandukan Ronaldinho selepas dia bijak memanfaatkan hantaran silang Raimi Mohd Nor.

Ketika aksi babak pertama sakan-akan berkesudahan 2-0, pasukan pelawat mendapatkan gol pertama menerusi rembatan padu Luiz sekali gus merapatkan jurang jaringan.

Sebaik babak kedua bersambung, Ronaldinho yang juga penyerang kebangsaan Liberia meletakkan tuan rumah bertambah selesa pada minit ke-49 dengan sepakan yang gagal dihalang Khairul Fahmi.

Ketinggalan 3-1 tidak mematahkan semangat pemain Kelantan, malah percaturan jurulatih pelawat Velizar Popov memasukkan bekas pemain Harimau Malaysia Wan Zack Haikal Wan Noor nyata tidak sia-sia apabila dia membalas kepercayaan itu menerusi jaringan kedua pada minit ke-73.

Usaha berterusan pelawat memburu jaringan penyamaan membuahkan hasil apabila seorang lagi pemain gantian, Abdul Manaf Mamat muncul penyelamat menerusi gol ketiga pada minit ke-98, sekali gus menghampakan anak buah Zainal Abidin Hassan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 9:10 AM


FELDA, Kelantan sama handal

Simpan Artikel
MyMetroNode
 
Azlan Hafeedz
sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Impian Kelantan untuk mencipta kemenangan pertama ke atas FELDA United terbantut apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Turun dengan keazaman tinggi, Kelantan ternyata gagal menyaingi kehebatan pelawat yang dilihat lebih menguasai permainan sebaik babak pertama bermula.

Tandukan ke belakang pemain import Kelantan Morgaro Gomis mengundang padah apabila Francis Forkey Doe bijak memanfaatkan peluang itu dengan ledakan gol pada minit ke-8.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, skuad kendalian Velizar Popov berusaha mengatur serangan namun skrip sama terus berulang dengan gandingan penyerang Kelantan Blazhe Ilijoski dan Wanderer Luiz gagal melakukan penyudah berkesan.

Ketiadaan dua bek kental Kelantan Muslim Ahmad dan Jonathan McKain akibat kecederaan menyebabkan barisan pertahanan diketuai Norhafiz Zamani Misbah terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus pelawat.

Suasana di padang semakin ‘panas’ apabila pemain kedua-dua pasukan semakin agresif hingga memaksa pengadil Saiful Mohd Rodzali kerap menghentikan perlawanan.

Pertahanan Kelantan terus dirundung malang apabila Nik Mohd Shahrulazim mengalami kecederaan serius selepas dirempuh pemain pelawat, Ahmad Syamim Yahya pada minit terakhir separuh masa pertama hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus galak melancarkan serangan ke kubu lawan dan hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-47 menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin namun diselamatkan penjaga gawang Mohd Farizal Harun.

Tuan rumah yang semakin tertekan terus mengatur serangan tetapi mudah dipatahkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Luiz dari luar kotak penalti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:43 AM


Norhafiz optimis kekang FELDA

Simpan Artikel
MyMetroNode

Kota Bahru: Pemain pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah mahu terus mengekalkan prestasinya di bahagian pertahanan pada aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.

Norhafiz berkata, sejak menyertai Kelantan, dia berjaya membentuk gandingan mantap di bahagian pertahanan bersama pemain import dari Australia Jonathan McKain.

“Menentang FELDA United bukan tugas mudah kerana mereka memiliki jentera serangan yang baik dan belum tewas setakat ini.

“Saya harap rakan sepasukan dapat pamerkan aksi mantap demi mengekang asakan lawan,” katanya.

Dia berkata, The Red Warriors (TRW) perlu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri selepas hanya seri 0-0 dengan Perak Sabtu lalu.

“Sokongan padu penyokong penting kerana boleh menjadi inspirasi pemain mempamerkan aksi lebih baik,” katanya. - BERNAMA

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 7:40 AM

Jangan asyik nak bincang aje - Norhafiz


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah sedia mengadakan perbincangan lanjut dengan bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, walaupun perbincangan mengenainya sudah diadakan beberapa kali sebelum ini, namun tiada kesepakatan dapat dicapai sehingga ke hari ini.

"Jika KAFA hendak mengadakan perbincangan baharu, saya tiada masalah tapi jangan sekadar berbincang semata-mata kerana saya sudah lama memberi peluang dan ruang.

"Saya sudah menggunakan segala prosedur baik secara rundingan dalaman dan saluran rasmi, malah hampir tiga tahun saya menunggu (bayaran tunggakan gaji) tetapi sampai sekarang tiada penyelesaian.

"Saya berasa kecewa kerana sistem perundangan dan peraturan bola sepak Malaysia ternyata boleh dimanipulasi sesuka hati," katanya di Seremban, hari ini.

Pemain berpengalaman itu mengulas mengenai rancangan KAFA untuk mengatur pertemuan dengannya dalam masa terdekat bagi mencari kata sepakat baharu dalam usaha menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman dalam kenyataannya berkata, bayaran RM15,000 yang dibuat sebelum ini kepada pemain itu salah satu usaha diambil untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Bagaimanapun pemain pertahanan terbabit memulangkannya semula kepada KAFA kerana mendakwa tiada persetujuan dicapai untuk sebarang pengurangan atau bayaran secara ansuran membabitkan tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000.

Norhafiz Zamani berharap KAFA dapat selesaikan perkara itu secepat mungkin dan dapat dimuktamadkan sepenuhnya termasuk juga pemain lain.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 1:25 PM

Sabtu, 28 Disember 2019

KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah

Sabtu, 28 Disember 2019 | 10:38pm
 
Bekas pemain Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah. - NSTP/Adzlan Sidek
KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my

 KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengatur satu pertemuan bersama Norhafiz Zamani Misbah bagi mencapai kata sepakat baharu dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit membabitkan tunggakan gaji.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, bayaran RM15,000 yang dibuat sebelum ini adalah salah satu usaha diambil pihaknya untuk meringankan beban dipikul pemain.
"Kita faham apa yang dihadapi pemain dan bayaran itu pun sebahagian inisiatif kita untuk bantu pemain yang kami masih berhutang. Hanya itu (RM15,000) yang boleh kita dahulukan dan bukan niat untuk persendakan.

"Memang kita terkejut bila dia hantar semula duit itu. Tetapi dalam usaha menyelesaikan masalah, kita akan cuba aturkan pertemuan dengannya dalam masa terdekat ini.

"Dalam pertemuan itu kita akan berbincang semula untuk dapatkan persetujuan," katanya ketika dihubungi.

BH Sukan kelmarin melaporkan Norhafiz bertindak memulangkan semula RM15,000 kepada persatuan terbabit.

Ia berikutan pemain itu tidak pernah bersetuju untuk sebarang pengurangan mahupun bayaran secara ansuran membabitkan tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000.

"Bukan dengan dia saja, kami juga ada mengadakan perbincangan dengan pemain lain untuk selesaikan masalah ini dan ia akan terus dilakukan.

"Sasaran kita adalah untuk selesaikan kesemua hutang sebelum berakhirnya musim 2020," kata Hussin.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/642226/kafa-mahu-jumpa-norhafiz-selesai-masalah

'KAFA culas bayar tunggakan'

MyMetroArena
 
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
SEREMBAN:“Gaji saya sudah lama tertunggak. Malah KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) banyak kali berjanji untuk menyelesaikan tunggakan itu tapi hingga sekarang tiada perkembangan,” kata bekas pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah.

Pemain skuad Negeri Sembilan berusia 38 tahun itu berkata, dia pernah membawa kes itu kepada jawatankuasa status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (FDAM) pada 24 Mei lalu.

“Dalam keputusan yang dibuat jawatankuasa FAM, pihak terbabit mengarahkan KAFA membuat pembayaran tunggakan gaji saya yang berjumlah RM82,261.67 dalam tempoh 30 hari. Bagaimanapun, selepas tempoh itu tamat, KAFA belum membuat pembayaran dan saya sudah beberapa kali berhubung dengan persatuan itu bagi mencari jalan penyelesaian, namun gagal mencapai kata sepakat,” katanya.

Norhafiz yang pernah membantu skuad Hobin Jang Hobin menjulang trofi Piala Malaysia 2011, beraksi bersama The Red Warriors selama tiga musim bermula 2015.

Mengulas lanjut, pertahanan berpengalaman itu yang pernah bersama Pulau Pinang pada musim 2018, berkata, pada 27 November lalu, KAFA ada mendepositkan wang sebanyak RM15,000 ke dalam akaunnya.

“KAFA memasukkan wang itu tanpa pengetahuan dan persetujuan saya dan saya pun tidak faham kenapa hanya RM15,000 sedangkan tunggakan gaji yang belum dibayar berjumlah lebih RM80,000.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju untuk sebarang pengurangan mahupun bayaran secara ansuran,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Menurut Norhafiz, pihaknya khuatir sekiranya KAFA menunjukkan transaksi itu sebagai ‘bukti’ pembayaran kepadanya bagi membolehkan mereka mendapat kebenaran FAM atau mendapatkan kelonggaran untuk bersaing di Liga Perdana musim depan.

Sehubungan itu, sehari selepas itu (28 November), dia memulangkan semula wang RM15,000 itu ke dalam akaun KAFA.

Katanya, hingga kini, KAFA masih belum menunjukkan sebarang usaha meyakinkan untuk membuat bayaran tunggakan gajinya.

“Saya tidak berniat untuk menjejaskan mana-mana pihak dan terpaksa luahkan kepada media sebagai jalan terakhir. Namun, saya berharap FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat bertindak serius dalam perkara ini kerana saya melihat KAFA tanpa segan silu mengambil pemain baharu,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 6:00 AM


Selasa, 24 Disember 2019

NS sasar dua kelompok terbaik

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
BERNAMA
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menyasarkan kelompok dua pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana 2020 untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2021.

Setiausaha Kehormat PBNS, Satwant Singh percaya barisan kejurulatihan dan pemain skuad Rusa mampu merealisasikan sasaran berkenaan selepas membuat perubahan besar-besaran dalam skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang.

“Ini kerana sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” jelas Satwant dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Skuad Rusa yang bakal dilatih bekas pengendali skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon, dilaporkan mengikat tujuh pemain baharu, termasuk dua bekas pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.

Pasukan berkenaan turut diperkuatkan dengan lima muka baharu, iaitu, bekas penyerang Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang, Che Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, bekas pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.

Negeri Sembilan yang membuat penampilan terakhir dalam saingan Liga Super pada musim lepas, menduduki tangga keenam daripada 11 pasukan dalam kempen Liga Perdana pada musim ini dengan kutipan 29 mata daripada 20 perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 7:15 PM

Ahad, 22 Disember 2019

Skuad Liga Premier Negeri Sembilan 2014

Ketua Jurulatih: V. Sundram Moorthy
Penolong Ketua Jurulatih: Ridzuan Abu Shah
Pembantu Jurulatih: Ahmad bin Osman
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Yazid bin Mohd Yassin

PENJAGA GOL: 1 Mohammad Yaim bin Abdullah, 21 Mohd Kaharuddin bin Abdul Rahman, 22 Badrulzaman bin Abdul Halim

PERTAHANAN: 2 Fauzi bin Nan, 3 Tengku Qayyum Ubaidillah bin Tengku Ahmad, 4 Jean Marc Alexandre, 6 Mohd Radzuan bin Abdullah, 15 Kim Jin Ryoung, 17 Mohd Alif bin Samsudin, 18 Muszaki bin Abu Bakar, 20 Mohd Dzaiddin bin Zainuddin, 23 Mohd Nizam bin Bakar, 24 Sumardi bin Hajalan, 26 Zulfaizham bin Kamis

TENGAH: 5 Norhafiz Zamani bin Misbah, 8 Abdul Halim bin Zainal, 9 Eddy Helmi bin Manan, 12 G. Puaneswaran, 13 K. Nanthakumar, 14 V. Kayichelvan, 16 S. Sivanesan, 19 M. Sivakumar


PENYERANG: 7 Mohd Firdaus bin Azizul, 10 Effa Owona Jean Emmanuel, 11 Mohd Shoufiq bin Mohamad Kusiani, 25 Josep Kaplan

Khamis, 19 Disember 2019

Sazali Saidon ketua jurulatih baharu skuad Rusa


BERNAMA | | 19 Disember 2019

Sazali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. - Foto Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

SEREMBAN - Bekas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.


Perkara itu diumumkan menerusi entri terkini di Facebook Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan turut disahkan pegawai medianya Firdaus Bhari kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut PBNS, Sazali sebelum ini diberikan kepercayaan membantu penolong jurulatih Negeri Sembilan, Zaki Sheikh Ahmad bagi beberapa perlawanan dalam saingan liga musim ini selepas ketua jurulatih pasukan itu, Mat Zan Mat Aris direhatkan.

Selain Sazali, bekas pemain tengah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shahurain Abu Samah turut disahkan menyarung semula jersi pasukan Hoben Jang Hoben musim hadapan.

Sebelum ini, Shahurain pernah bersama skuad Rusa pada 2006 hingga 2013, sebelum menyertai Felda United, PKNS dan PDRM.

Dalam pada itu, skuad berkenaan mengekalkan pemain pertahanan senior Hafiz Zamani Misbah, serta tiga pemain import musim lepas iaitu pemain kelahiran Jepun, Shunsuke Nakatake, Igor Luiz (Brazil) dan Matheus Vila (Brazil). - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/62603/BERITA/Sukan/Sazali-Saidon-ketua-jurulatih-baharu-skuad-Rusa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
                                           

Khamis, 12 Disember 2019

Norhafiz perkasa NS


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Metro Arena
SEREMBAN: Skuad bola sepak Negeri Sembilan (NS) sah mendapatkan khidmat pemain berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah bagi memperkasa pasukan itu mengharungi kempen Liga Malaysia yang bermula bulan depan.

Pengurus pasukan, Mohd Khairolah Abdul Latif, berkata khidmat pemain berusia 38 tahun itu amat ditagih bagi mengemudi bahagian pertahanan skuad yang diberi gelaran Hoben Jang Hoben.

“Norhafiz yang pernah beraksi bersama Pahang, KL Plus dan Kelantan memeterai kontrak selama setahun dalam misi mengembalikan pasukan ke saingan Liga Super, musim depan," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Mohd Khairolah berkata, NS yang menyasarkan sekurang-kurangnya di tempat kedua Liga Perdana untuk kembali ke kancah liga utama musim depan sudah memuktamadkan senarai penuh 21 pemain tempatan dengan 10 pemain adalah anak jati negeri berkenaan.

"Bagi kuota import, kami mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Matheus Fernandes Vila Real dari Brazil yang akan bergandingan bersama Norhafiz di posisi pertahanan.

"Pada masa sama, kami mendapatkan khidmat bekas pemain PDRM dan Kuantan FA, Shunsuke Nakatake dari Jepun yang akan memperkemaskan bahagian tengah," katanya dengan baki dua pemain import akan ditentukan kemudian dan pasukan itu sedang menguji beberapa pemain lain.

Selain Norhafiz, NS akan dibarisi Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman, Muhammad Hamka Daud, Mohamad Fadzley Abdul Rahim, R Aroon Kumar, Muhamad Danish Haziq Saipul Hashim, Osman Mohd Yusoff, Izzaq Izhan Yuswardi, L Kalaiharasan, Adam Othman Mohd Arfah dan Muhamad Ferris Danial Mat Nasir.

Melengkapkan senarai pemain tempatan ialah Mohammad Aiman Khalidi, Muhamad Asraf Roslan, G Durrkeswaran, Danial Hadri Effandi Jagan, Mohamad Ridzuan Abdollah Pula, Dzulfahmi Abdul Hadi, Abdul Halim Zainal, Mohd Fauzi Abdul Latif, Izuan Salehudin dan Azrul Nizam.

NS yang musim ini dibimbing jurulatih baharu, Mat  Zan Mat Aris akan dibantu penolong jurulatih 1, Mohamad Zaki Shaikh Ahmad dan Azhar Dol sebagai jurulatih penjaga gol.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 January 2019 @ 8:40 PM

Tujuh pemain baru pelengkap kekuatan NS


MyMetroArena
 
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
SELAIN Shahrom Kalam dan Shahurain Abu Samah, Negeri Sembilan turut mengikat lima lagi pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Mereka ialah bekas penyeran

g Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, 26, pemain pertahanan Penang FA, Che Safwan Hazman, 24, bekas pemain sayap UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, 26, pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, 24, dan bekas pemain Sarawak FA, Syamie Iszuan, 24.

Menurut sumber, kesemua pemain berkenaan sudah menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada 6 Disember lalu.

"Mereka adalah pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan dalam saingan liga tempatan sebelum ini dan diyakini mampu memperkuatkan lagi kekuantan pasukan.

"Kami yakin mereka akan dapat memberikan sumbangan terbaik kepada Negeri Sembilan dalam membantu melonjakkan kembali pencapaian pada saingan liga musim depan," katanya di Seremban, hari ini.

Difahamkan kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pemain musim lalu yang tidak disambung kontrak dan berhijrah ke pasukan lain membabitkan Osman Yusoff, Aroon Kumar, Ferris Danial Mat Nasir, Danish Haziq Saipul Hisham dan Dzulfahmi Hadi.

Dalam pada itu, tonggak paling berpengalaman Norhafiz Zamani Misbah antara pemain musim lalu yang dikekalkan dalam skuad Hobin Jang Hobin.

Sumber berkata, khidmat dan kepakaran Norhafiz Zamani yang juga kapten pasukan masih ditagih bagi memimpin pemain lain terutama pemain muda dalam skuad berkenaan.

"Kami berharap menerusi gandingan mantap ramai pemain berpengalaman dalam pasukan, Negeri Sembilan mampu memberikan saingan mantap sepanjang cabaran yang bakal dihadapi kelak," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 5:33 PM