Simpan Artikel
MyMetroArena
Mohd Amin
Jalil
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN Negeri
Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah sedia mengadakan perbincangan lanjut dengan
bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan isu
tunggakan gaji.
Bekas pemain
kebangsaan itu berkata, walaupun perbincangan mengenainya sudah diadakan
beberapa kali sebelum ini, namun tiada kesepakatan dapat dicapai sehingga ke
hari ini.
"Jika
KAFA hendak mengadakan perbincangan baharu, saya tiada masalah tapi jangan
sekadar berbincang semata-mata kerana saya sudah lama memberi peluang dan
ruang.
"Saya
sudah menggunakan segala prosedur baik secara rundingan dalaman dan saluran
rasmi, malah hampir tiga tahun saya menunggu (bayaran tunggakan gaji) tetapi
sampai sekarang tiada penyelesaian.
"Saya
berasa kecewa kerana sistem perundangan dan peraturan bola sepak Malaysia
ternyata boleh dimanipulasi sesuka hati," katanya di Seremban, hari ini.
Pemain
berpengalaman itu mengulas mengenai rancangan KAFA untuk mengatur pertemuan
dengannya dalam masa terdekat bagi mencari kata sepakat baharu dalam usaha
menyelesaikan isu tunggakan gaji.
Setiausaha
Agung KAFA, Hussin Deraman dalam kenyataannya berkata, bayaran RM15,000 yang
dibuat sebelum ini kepada pemain itu salah satu usaha diambil untuk menyelesaikan
perkara berkenaan.
Bagaimanapun
pemain pertahanan terbabit memulangkannya semula kepada KAFA kerana mendakwa
tiada persetujuan dicapai untuk sebarang pengurangan atau bayaran secara
ansuran membabitkan tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000.
Norhafiz
Zamani berharap KAFA dapat selesaikan perkara itu secepat mungkin dan dapat
dimuktamadkan sepenuhnya termasuk juga pemain lain.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 1:25 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan