MyMetroNode
Kota Bahru:
Pemain pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah mahu terus mengekalkan
prestasinya di bahagian pertahanan pada aksi Liga Super menentang FELDA United
di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.
Norhafiz
berkata, sejak menyertai Kelantan, dia berjaya membentuk gandingan mantap di
bahagian pertahanan bersama pemain import dari Australia Jonathan McKain.
“Menentang
FELDA United bukan tugas mudah kerana mereka memiliki jentera serangan yang
baik dan belum tewas setakat ini.
“Saya harap
rakan sepasukan dapat pamerkan aksi mantap demi mengekang asakan lawan,”
katanya.
Dia berkata,
The Red Warriors (TRW) perlu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri
selepas hanya seri 0-0 dengan Perak Sabtu lalu.
“Sokongan padu
penyokong penting kerana boleh menjadi inspirasi pemain mempamerkan aksi lebih
baik,” katanya. - BERNAMA
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 7:40 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan