MyMetroArena
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
SELAIN Shahrom Kalam dan
Shahurain Abu Samah, Negeri Sembilan turut mengikat lima lagi pemain baharu
bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Mereka ialah bekas
penyeran
g Selangor United, Nazrul
Kamaruzzaman, 26, pemain pertahanan Penang FA, Che Safwan Hazman, 24, bekas
pemain sayap UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, 26, pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad
Azriddin Rosli, 24, dan bekas pemain Sarawak FA, Syamie Iszuan, 24.
Menurut sumber, kesemua pemain
berkenaan sudah menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak
Negeri Sembilan (PBNS) pada 6 Disember lalu.
"Mereka adalah pemain
berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan dalam saingan liga
tempatan sebelum ini dan diyakini mampu memperkuatkan lagi kekuantan pasukan.
"Kami yakin mereka akan
dapat memberikan sumbangan terbaik kepada Negeri Sembilan dalam membantu
melonjakkan kembali pencapaian pada saingan liga musim depan," katanya di
Seremban, hari ini.
Difahamkan kemasukan mereka
adalah bagi menggantikan pemain musim lalu yang tidak disambung kontrak dan
berhijrah ke pasukan lain membabitkan Osman Yusoff, Aroon Kumar, Ferris Danial
Mat Nasir, Danish Haziq Saipul Hisham dan Dzulfahmi Hadi.
Dalam pada itu, tonggak paling
berpengalaman Norhafiz Zamani Misbah antara pemain musim lalu yang dikekalkan
dalam skuad Hobin Jang Hobin.
Sumber berkata, khidmat dan
kepakaran Norhafiz Zamani yang juga kapten pasukan masih ditagih bagi memimpin
pemain lain terutama pemain muda dalam skuad berkenaan.
"Kami berharap menerusi
gandingan mantap ramai pemain berpengalaman dalam pasukan, Negeri Sembilan
mampu memberikan saingan mantap sepanjang cabaran yang bakal dihadapi
kelak," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 12 Disember 2019 @ 5:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan